Tiada masa

Tiada masa.

Alasan yang sering diungkapkan untuk mereka jadikan ia satu alasan untuk mereka tidak berusaha untuk berdakwah.

Dakwah bukan kerja binatang, bukan kerja malaikat apatah lagi syaitan. Ianya tugas khas yang Allah berikan kepada kita sebagai umat manusia. Dan adakah ianya tugas hina sehinggakan masa mampu menjadi alasan untuk kita.

Sedarlah, nikmat hayat ini bukan kita yang menentukan penghujungnya tapi Allah. Adakah kita yakin yang kita mampu hidup esok untuk kita tangguhkan usaha kita dengan alasan tiada masa.

Allah dah gambarkan dalam al Quran dimana manusia merayu-rayu kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia untuk mengerjakan amal kebaikan kerana dugaan disana amat dasyat tanpa bekalan amalan kebaikan yang banyak.

Jangan disebabkan sikap kita yang sambil lewa dengan kepentingan dakwah menjadi penolak kita kepada jalan yang menyiksakan.
Kita masih ada peluang untuk melakukan dan mencari peluang untuk melakukan kebaikan dan amalan kebaikan yang berat timbangannya di akhirat adalah dengan dakwah. Jadi sebelum kita berada dalam keadaan memohon kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia supaya dapat melakukan kebaikan, mari kita bekerja untuk menanam benih didunia dengan dakwah kita kerana pahala dakwah ini berkekalan insyaAllah.

Ingat!

Dakwah merupakan tugas para anbiya’ dan ia menunjukkan darjat menjalankan dakwah bukan kedudukannya diletakkan dibawah. Allah letakkan kerja dakwah ini satu kerja yang sangat mulia disisiNYA.

mereka merintih, menangis memohon kepada Allah di atas jalan dakwah kerana kefahaman mereka dalam kepentingan dakwah.

Dakwah.

Bukan satu pekerjaan yang suka-suka. ia merupakan satu perjuangan yang pahit pada awalnya dan insyaAllah manis pada akhirnya.

Ia merupakan satu misi menyelamat. Menyelamatkan manusia dan kita dari satu tempat yang menggerunkan. Yang panasnya tak mampu diduga. seksanya tak terkata, tanpa rasa kasihan dan hiba. di situ terus dan terus diseksa tanpa ada yang mengira.

Kita ingin membawa mereka dan diri kita ke satu tempat yang indah dimana nikmatnya berganda-ganda. Nikmatnya tidak ada dalam gambaran manusia. Kerana disitu tempat manusia yang dicintai pencipta.

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من دعا الى هدى كان له من الاجر مثل اجور من تبعه لا ينقص ذالك من اجورهم شيئا ومن دعا الى ضلالة كان عليه من الاثم مثل اثام من تبعه لا ينقض ذالك من اثامهم شىيئا.

Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda ; Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangi dari mereka sedikitpun dan barang siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa sebagaimana dosanya orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangi dari mereka sedikitpun. di riwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Malik, Abu Daud dan Tirmizi

Allah berfirman :

ومن احسن قولا ممن دعا الى الله وعمل صالحا وقال انني من المسلمين.

“siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeruh kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata ; “sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”

Rasulullah bersabda :

من دل على خير فله مثل اجر فاعله.

“Siapa yang mengajak kepada petunjuk maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya”

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان الله وملائكته واهل السموات والارض حتى النملة فى جحرها وحتى الحوت ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي

“Rasulullah bersabda : sesungguhnya Allah, para Malaikat-Nya, dan penduduk langit dan bumi bahkan semut di dalam lubangnya dan paus dilautan bershalawat kepada pengajar kebaikan terhadap manusia. (Riwayat Tirmizi)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s