Rahmat Allah.

Rahmat Allah. Satu topik yang terkadang manusia lupa. Kita lupa tentang kenikmatan, kebahagian dan kehidupan yang Allah telah berikan kepada kita. Rahmat Allah ini terlalu luas untuk kita perkatakan.

Sayangnya, sesetengah manusia mereka tidak meletakkan nilai rahmat Tuhan itu pada manusia. mereka mencela, menghina serta mengaibkan golongan tersebut secara khusus dan terbuka.

Berilah nilai rahmat Tuhan itu pada manusia, kerana kita semua tidak sempurna. Ingat, tugas kita sebagai manusia dan muslim khususnya adalah menasihati bukan untuk menghakimi.

Ya, mereka mungkin tidak berada dalam landasan yang betul. Oleh itu tuntunlah mereka, pimpin mereka kerana kita saudara dan kita manusia. jangan kita sangka bahawa kita sudah layak ke syurga sehingga kita menghukum mereka sebagai ahli neraka.

Jangan kita laknat mereka kerana itu penyebab kita dilaknat. Kita bukan hakim yang akan menentukan haluan mereka di mahsyar nanti. Malahan kita juga tidak tahu haluan kita syurga ataupun neraka.

Yang penting kita saling ingat mengingati kerana itu adalah perkara yang lebih baik untuk kita bukan laknat melaknati.

Semoga kita berjumpa di syurga nanti. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s